Ladang-ladang Young Living di seluruh dunia berdiri megah dalam industri minyak pati @ essential oils dan telah menetapkan standard yang tinggi dalam proses penyulingannya. Ia memainkan peranan yang penting dalam memastikan kami memenuhi janji kami dalam proses Seed to Seal ® dan bukti komitmen kami untuk menyediakan minyak pati tulen yang mujarab bagi setiap kediaman di seluruh dunia. Kami telah melabur begitu banyak masa dan sumber demi memastikan kesemua piawaian ini diutamakan di setiap ladang global kami, ladang- ladang rakan kongsi dan pembekal Seed to Seal yang diiktiraf agar rumah dan keluarga anda mendapat minyak pati terbaik diseluruh dunia.
Sebagai peneraju dunia dalam minyak pati dan penyuling minyak yang terkenal, kami sentiasa meningkatkan ladang-ladang kami serta perkongsian global dan dalam masa yang sama terus komited untuk memenuhi janji Seed to Seal. Dengan lokasinya di enam benua dan lebih daripada 30 buah negara, kehebatan Young Living tidak boleh dipertikaikan. Dengan pertumbuhan secara global syarikat kami, komitmen kami untuk mewujudkan lebih banyak minyak pati yang tulen dan poten serta pelbagai produk juga terus berkembang.
Dengan cara menanam, menuai dan menyuling pelbagai minyak pati di ladang mereka sendiri, Young Living mempunyai keupayaan yang unik dalam memastikan kesempurnaan dalam setiap langkah dan proses yang diamalkan. Ditambah pula dengan ujian makmal yang menyuluruh serta pihak auditor bebas, tidak hairanlah jika Young Living menjadi peneraju dalam mencapai kualiti standard yg ditetapkan industri secara rutin.
Menjadikan ladang dan hutan yang mengelilingi Ladang-Ladang di Young Living sebagai sumber inspirasi, Gary Young secara konsisten mencari spesis tumbuhan botanikal dan minyak pati yang baru, secara tidak langsung memberikan kita lebih banyak produk-produk alami serata dunia.
Dari berekar-ekar pokok Lavender di Utah hinggalah ke pokok Eucalyptus yang mewangi di Ecuador, ladang-ladang global Young Living adalah lambang kesucian dan kualiti dalam segalanya yang Young Living lakukan.
Lokasi Ladang Young Living

Whispering Springs Farm
Mona, Utah US
Ladang Lavender Young Living yang terletak di Mona, Utah ini merupakan ladang herba dan pusat penyulingan terbesar di seluruh dunia. Ia mempunyai keluasan hampir 1400 ekar untuk tumbuhan herba dan dibuka untuk lawatan sepanjang tahun.
Lawati laman web Whispering Springs Farm untuk maklumat lanjut.

Highland Flats Tree Farm
Highland Flats, Idaho US
Sejak tahun 2000, Ladang berukuran 250-ekar ini telah menjadi hos dalan Program Tahunan Winter Harvest di mana ahli-ahlu Young Living menyertai proses menuai blue spruce, balsam fir, red cedar, dan pokok pine. Setiap kali musim bunga, ahli juga mengambil bahagian dalam “Spring Planting”, satu projek penanaman semula bagi menggantikan pokok yang telah dituai.

Simiane-la-Rotonde Farm
Simiane, France
Ladang Young Living’s di Frace iaitu Simiane-la-Rotonde ini terletak di Provence, satu daerah di France yang terkenal dengan kecantikannya, ladang lavender yang mengharum dan pesta musim panas.
Young Living menggunakan kelebihan ladang ini untuk menanam clary sage, lavender, dan gandum einkorn .

Salalah Farm
Salalah, Oman
Pada 2010, Gary Young memperolehi satu kawasan ladang di Oman untuk menanam Boswellia Sacra atau lebih dikenali dengan nama Sacred Frankincense.
Minyak yg sangat berharga ini buat pertama kalinya disuling di Oman. Young Living merupakan satu-satunya syarikat di dalam dunia ini yang diberikan kebenaran untuk mengeksport minyak Sacred Frankicense ke negara barat.
Young Living juga menanam Commipihora myrrha di Ladang Omani, spesis pokok botanikal untuk menyuling minyak myrhh, di mana ia merupakan pokok yang disebut di dalam AlKitab
Croatia Farm
Split, Croatia
Croatia merupakan syurga buat pelbagai tumbuhan aromatik. Ia bukan sahaja lokasi ideal untuk menanam helichrysum tetapi juga tanaman-tanaman lain yang akan diproses di pusat penyulingan terbaru YL yang terletak disebelah ladang yang cantik ini
Kemudahan ini akan menjadi pusat penyulingan yang berfungsi penuh, disamping terdapatnya kilang dan pusat pengedaran.

St. Maries Farm
St. Maries, Idaho US
Sebelum Young Living’s membeli tanah ini pada 1992 untuk dijadikan Ladang di St. Maries, kawasan ini tidak pernah terdedah kepada sebarang bahan kima, pesticide atau baja buatan manusia. Keadaan tanah seluas 200 ekar yang murni dan tidak pernah dicemari ini menjadikannya sangat sesuai untuk menanam tumbuhan botanikal seperti melissa, lavender, dan tansy.

Northern Lights Farm
Fort Nelson, British Columbia, Canada
Dalam satu pencarian dan penyelidikan yang menyuluruh dalam mencari lokasi yang paling sesuai, Young Living akhirnya membeli Ladang Northern Light ini pada 2014 .
Ladang ini merupakan Ladang yang membekalkan sumber utama minyak pati iaitu Black Spruce, satu minyak yang sangat popular dalam banyak blend minyak.

Australia Partner Farm
Darwin, Australia
Ditubuhkan pada tahun 1994 dan terletak di Australia’s Northern Territory di sebelah pantai utara, Ladang Darwin Young Living merupakan ladang kerjasama yang tertua sekali.
Young Living bekerja rapat dengan pemilik Ladang iaitu Vince Collins hampir 15 tahun untuk menuai dan menyuling minyak pati Blue Cypress

Young Living Ecuador Farm
Guayaquil, Ecuador
Ladang yang berkeluasan 2,000 ekar ini ditanam dengan pelbagai tumbuhan dari Eucalyptus Blue, Lemongrass hinggalah ke Palo Santo.

Taiwan Cooperative Farm
Taiwan
Pada tahun 2011, apabila Gary Young terbang ke sebuah pulau di Taiwan untuk meneroka tumbuhan-tumbuhan asli, beliau bersahabat dengan Ginn S. Lee, PhD, seorang agriculturalists dan anaknya Tiger Lee, seorang Jurutera muda.
Mereka kemudiannya bersama-sama menyuling tumbuhan botanikal eksotik iaitu hong kuai dan xiang mao, iaitu minyak yang terdapat dalam koleksi 2013 Exotic Oils Collection, dan juga jade lemon, yang terdapat dalam koleksi kit 2014.

Partner/ Cooperative Farms
Dubai & Somaliland
Perniagaan keluarga selama 3 generasi yang dimiliki oleh petani iaitu Hassan Saleh, Ladang rakan kongsi Young Living Dubai dan Somaliland ini membekalkan minyak pati essential oils yg penting iaitu Boswellia carterii and Boswellia frereana.
Di Ladang Somaliland, getah pokok frankincense ini diambil dan dihantar ke Ladang di Dubai untuk di suling. Beroperasi selama 6 hari seminggu dan meyuling minyak frankincene khas untuk pihak Young Living, Ladang Dubai ini telah membina kembali pusat penyulingannya untuk memenuhi standard Sead to Seal yang ditetapkan oleh Young Living.