Raindrop Tecnique (RDT) After Day 3: Believe in Allah SWT, Miracles Do Happen!

3 KALI SELEPAS RDT: SEMUA WAYAR SUDAH DICABUT, SEMUA JARUM SUDAH DITANGGALKAN, TIUB & BEG AIR KENCING JUGA SUDAH DIBUKA, SEMUA MESIN TIADA LAGI & PALING MENGEJUTKAN BILA DOKTOR KATA AWAK BOLEH KELUAR ESOK!!! SUBHANALLAH..YOU ARE A MIRACLE BEB!
********************

Hari ini, 4 Oktober 2017, saya dan suami datang lagi untuk melakukan RDT kali ke 4 buat sahabatnya. Pagi2 lagi saya dah terima berita yg mengejutkan dari suami. Suami saya kata sahabatnya bgtau yang Doctor bagi dia keluar ESOK!!! Mmg saya sungguh terperanjat! Keluar ESOK? Biar betul!! Too good to be true! Mmg teruja la kami nak tengok condition sahabat kami sebab semalam saya tak dapat melawat beliau kerana terikat dengan Coaching Session bersama OilyLicious Team hingga malam.

Sampai sahaja ke bilik beliau, saya nampak beliau sedang makan membelakangkan saya. Tersenyum gembira saya dibuatnya. Alhamdulillah..dah boleh duduk sambil juntai kaki dan makan sendiri. Makan Laksam lagi okay!. Macam tau2 saya datang terus beliau berpaling dan senyum, pastu acah2 letak tangan kat telinga bila saya bagi salam. Comey naw dah macam Hindustan plak ai..hehe..

Sambil teman beliau makan, kami borak2 sikit dan tanya perkembangan beliau. Sahabat kami masih belum boleh keluarkan suara dgn kuat tetapi suara beliau better than before. Lebih kuat bisikannya..Hehe..Dah boleh senyum, ketawa & bergurau! Alhamdulillah..so happy tgk dia today..

Ketika berborak, baru saya perasan yang tiub di hidung beliau yg saya nampak 2 hari lepas sudah tiada lagi. Mesin yg ada di meja sebelum ini juga sudah tiada lagi. Jarum yg ada di kaki beliau juga sudah ditanggalkan! Yang tinggal cuma gelang nama sahaja di tangan dan bekas2 lebam berwarna ungu di sepanjang lengan akibat suntikan yg dilakukan sebelum ini dan luka dileher juga akibat suntikan. Tadi juga sahabat kami sudah mula buang air kecil seperti biasa, tidak guna tiub lagi. Ada bekas khas utk beliau.

rdt day 4

Subhanallah..benarlah..ia seolah2 satu keajaiban! Saya tanya bila Nurse tanggalkan semua ni? Beliau kata semalam.. Alhamdulillah, too good to be true, saya juga sukar mempercayainya tapi jika itu kehendak Allah SWT, kami panjatkan kesyukuran yg tidak terhingga kepadaNya.

Sebelum ni saya tak ambil tahu sangat tiub apa yg ada dan tempat jarum yg dicucuk di kaki dan leher utk apa. Tadi baru saya tanya beliau dan tanya Nurse juga. Baru saya tahu tiub yg ada di hidung tu utk mskkan makanan, & jarum2 tu untuk masukkan ubat. Satu di kaki dan satu di leher. Di leher supaya cepat kesan ubat sampai ke otak untuk menjalankan fungsinya.

Sahabat saya beritahu yg Doktor kata beliau boleh keluar esok. Saya kata cepatnya boleh keluar? Beliau kata, Doktor kegemaran beliau datang 2 kali and inform that his lung looks good and no purpose for him to stay there. Doktor akan beri cuti utk satu tempoh masa agar beliau boleh recover betul2 di rumah. Saya gembira sebab hubby boleh sambung Full RDT utk sahabatnya di rumah selepas ini, maybe few times sepanjang Oktober sblm kami ke Taiwan dan Equador November ini.

rdt day 4 feet

Semasa buat RDT kali ke 4 tadi, kami berborak sedikit. Sbnrnya tak leh nak borak2 masa RDT tau, kena fokus dan buat dlm keadaan senyap dan relax.. hehe..bg diskaun sket la mentang2 dah kali ke 4 RDT nya..haha! Sayu sgt masa cerita kat sahabat tu psl apa yg berlaku sebenarnya minggu lepas. Bergenang jugalah air mata beliau bila tahu kisah sebenar. Beliau langsung tidak tahu apa yg berlaku padanya masa jantungnya tiba2 stop dan Doktor bagi 48 jam tempoh untuk beliau.

Saya kata, U dah sihat ni barulah kitaorang leh cerita. U tau tak sbnrnya apa jadi pada U? U tau tak kisah U ni is a MIRACLE STORY? U tau tak your condition hari tu sbnrnya lebih teruk dari masa U kat ICU that day? I jumpa u 1st time masa U baru je kuar ICU, kita jumpa kat HDA kan? Then, the next day tu bila nak buat endoskopi ur heart suddenly stop and the procedure tak boleh buat. Dari UMMC dorang terpaksa pindahkan U ke PPUM sbb the machine (I tak tahu apa nama machine tu..) tak cukup @ takde masa tu. Sbb tu kena msk PPUM. Kitaorang ni blur2 katak je masa tu tau..

rdt day 4 head

Masa Nurse pindahkan U, kitaorang ada time tu..kita ikut je la mana Nurse bawak sampai ke wad ni. Yg I tahu ni bukan wad U sbnrnya, tapi dorang kata ICU penuh, masuk sini dulu dan guna machine yg u kena guna tu la..sedih btol tgk ur condition masa tu. Doktor taknak cakap ngan I sbb I kawan..dua tiga kali dia tanya I siapa.. huhuhu..

Bila Doktor bagi 48 Hours tu, another good friend of us terpaksa inform kawan2 lain secara public about your condition walaupun kami tahu U nak sakit U dirahsiakan. Mmg terperanjat sungguhlah semua rakan sekerja bila tahu. Apa tidaknya? Tahu U cuti sakit then tiba2 je dpt berita U dah on 100% life support machine dan ramai2lah berbondong2 kawan melawat on the spot dan sepanjang 2 hari tu. Berkat doa rakan2 melawat dan Alhamdulillah Antibiotik yg Doktor masukkan dalam tubuh U menunjukkan kesan positif. U sedar hari kedua tu. Lega kami sebab ada perubahan positif.

Sepanjang tempoh 48 jam tu jugak I suruh anak buah U dan Saiful titik dan sapu je Oregano dan White Angelica kat kaki U. Saiful kata kaki dia bertutup penuh ada Ibu jari je nampak kulit, I kata peduli laa..titik je janji masuk badan. Sekurang2nya kita berusaha dalam tempoh ni. I taknak mengadap U je sedih2 this 48 hours. Baik I usaha something dalam keadaan terdesak ni dan doa sungguh2 Allah SWT panjangkan umur U..kalau umur U tak panjang pun, sekurang2nya I dah berusaha sebaiknya. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa2 kita.. U sedar juga..

rdt day4 colon

Hubby sempat tunjukkan gambar keadaan sahabat beliau ni masa kritikal tu. Terbeliak mata beliau tengok keadaan dirinya semasa tu sampai mengalir air matanya. Hubby kata, manalah kitaorang tak rasa terkejut bila tengok progress ko ni beb..macam susah nak percaya sebab cepat sangat. Ni ko kata ko dah boleh keluar pulak.. lagi lah kitaorang terkejut kan..

Saya beritahu sahabat suami, saya pun masih belajar. Ini kali pertama saya bantu orang yg bukan keluarga sendiri utk buat RDT. Selama ni saya buat utk Suami, Mak, Abah, Nenek dan Pakcik. Itu pun bukan CARE Ways sbb masa tu saya belum pergi kursus CARE. Saya belajar sikit2 masa YL buat kelas dan tgk video. Kira yakin jer la dengan minyak tu mmg akan bantu melegakan sakit belakang, demam dan penat family saya.

Beliau org pertama yg saya buat RDT & kes kritikal pula tu, mmg saya agak terkejut dan clueless la juga. Saya tak pandai nak explain secara ilmiah dan bukti2 saintifik apa sebenarnya RDT ni dan bgmn ia bantu beliau. Senang cakap; Saya belajar how to do it, saya yakin dengan apa yg saya guna sebagai usaha saya dan lepas tu saya tawakal sungguh2 pada Allah SWT. I do my work, let the oils do its work and let Allah SWT do the rest. Mmg konsep usaha dan tawakal je saya buat sepanjang bantu beliau ni. Saya juga yakin ubat2 yg Doktor berikan sepanjang beliau sakit itu banyak membantu beliau sembuh secepat ini dan semuanya dengan izin Allah SWT juga.

Saya sempat tanya beliau: Sejak bila U sakit dan bagaimana ia bermula? Beliau kata dah 4 tahun beliau sakit. Masih ingat kes Kelantan banjir 4 tahun lepas? Masa itu lah beliau terkena jangkitan di kampungnya apabila kesan2 banjir selepas itu menyebabkan paru2 beliau terkena jangkitan bakteria. Baru terbukak cerita yg beliau rupanya pernah koma akibat jangkitan tersebut di Hospital Kuala Krai 4 tahun lepas, even my hubby pun tak tahu! Sabar jela.. punyalah berahsia..haihh! Dan ianya berterusan dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun sampailah sekarang!

Insya Allah, jika esok beliau dibenarkan keluar, kami akan teruskan RDT ini sehinggalah beliau2 benar2 sihat. Tadi saya dengar batuknya masih berkahak tapi tidak seteruk kelmarin. Saya berikan madu dan titikkan Dorado Azul utk beliau makan. Tak lama lepas tu, terus beliau batuk dan saya suruh keluarkan kahak. Alhamdulillah..keluar juga sedikit kahaknya. Saya minta beliau teruskan sehingga malam ini. Saya beri juga 2 paket NXR utk tambah tenaga beliau dan bertindak as antioksidan. Semoga ia membantu.

Keep on praying for our dear friend yea.. I really treasure this journey as it teach me a lot.. a lot and it was so precious that money can’t buy. Saya banyak belajar dari pengalaman ini dan I should be thankful to him kerana mengizinkan saya membantu beliau dgn sedikit ilmu yg saya ada ini. Alhamdulillah.. Tadi juga saya ulang buat AV Technique utk Colon, Lung, Head dan Brain.. siap suruh buat kuat2 lagi bila kat kepala. Hehe..lega ya kena urut..🙂

Panjang perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat dan kita semua belajar sesuatu dari kisah ini. Insya Allah..Terima Kasih Ya Allah SWT, Terima Kasih Young Living, Terima Kasih Guru2 saya, Terima Kasih semua sahabat..May Allah SWT bless us all..Amin.

Klik link di bawah untuk menyertai keahlian Young Living & dapatkan produk YL secara PERCUMA! 👇🏻

https://goo.gl/OtPTIL

Perlukan konsultasi sebelum menjadi ahli? Klik link di bawah & let’s have a chat! 😊

http://teacherwatie.wasap.my

 

Website: www.oilyliciousteam.com

20170723_043759

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s