2 October 2017: ALHAMDULILLAH, BUKAN SAHAJA TIUB DIMULUT SUDAH DITANGGALKAN, TONG GAS DAN WAYAR BERSELIRAT JUGA SUDAH TIADA LAGI DITUBUH AWAK! DARI BERBARING KINI SUDAH MULAI DUDUK, DARI MAKAN SUSU GUNA TIUB AWAK DAH MAKAN NASI PAKAPAU HARI INI! SUBHANALLAH, SEMUA INI BERLAKU SELEPAS DUA KALI SESSI RDT DILAKUKAN 3 HARI LALU! SYUKUR PADAMU, YA ALLAH, TERIMA KASIH ATAS DOA SEMUA!
*******************
Sesungguhnya kesembuhan itu milik mutlak Allah SWT. Terima kasih para sahabat yang mendoakan kesembuhan sahabat kepada suami saya sejak saya berkongsi kisah beliau minggu lalu. Sungguh saya tidak menyangka entry tersebut mendapat perhatian dan perkongsian ramai. Saya yakin, doa anda semua telah Allah SWT makbulkan. Alhamdulillah. Anda semua pasti mahu tahu khabar berita sahabat suami kan? Saya kongsikan sedikit kisahnya buat renungan kita bersama.
Selepas hari pertama melakukan RDT kepada sahabat suami (29 Sept 2017), kami datang lagi keesokan harinya (30 Sept 2017). Apabila tiba, saya nampak yang wajah sahabat kami ini tidak begitu ceria dan agak muram. Hanya berbaring dan tidak berapa mahu memberikan tindak balas. Mungkin letih. Walaupun begitu, apabila saya cuba menceriakan suasana dengan bertanyakan samada beliau mahu buat RDT, beliau mengganguk dan mahu di urut. Saya terus melakukan RDT tapi kali ini, selain EO Sacred Frankincense, saya tambahkan juga EO Joy ke dalam Sessi RDT kali kedua ini. Sahabat kami tidur hampir keseluruhan waktu ketika saya melaksanakan tugas saya. Kebetulan pula ada sahabat lain yang hadir untuk melawat, maka kami berborak sesama sendiri bertanya khabar dan memberikan perkembangan terkini sahabat yg sakit ini. Usai RDT, kami suami isteri terus pulang kerana tidak mahu menggangu sahabat kami yang sudah lena diulit intan. Sememangnya sessi RDT akan menyebabkan penerimanya tidur sangat lena atau kita kata “deep sleep”. Kerana itu, apabila bangun, selalunya penerima RDT akan merasai kesegaran yg luar biasa.
Sepatutnya, semalam (1 Oct 2017) adalah hari ketiga Sessi RDT sepatutnya dilakukan. Sayangnya, saya terikat dengan jadual kelas GBOB Playgroup dan petangnya pula, saya ada Coaching Session bersama OilyLicious Team di GBOB dari petang membawa ke malam. Saya sampai rumah pun sudah lebih pukul 10 pm dan badan letih melampau kerana semalam juga adalah hari pertama bulan mengambang buat saya. Sakit sungguh tulang temulang ini. Makanya, sessi RDT kami tangguhkan ke hari ini (2 Oct 2017).
Pagi tadi, saya menerima berita dari suami yang sahabatnya sudah tidak menggunakan tiub di mulut lagi. Ia dicabut pada 1 Oct 2017. Wahh! Gembiranya saya dengar berita itu. Pada saya ia satu pekembangan yg baik selepas 2 kali Sessi RDT dilakukan. Teruja saya nak pergi hari ini untuk sambung Sessi ke 3. Bila sampai lebih kurang pukul 4 tadi, sebaik melangkah masuk ke bilik beliau, terkejut sungguh saya! Subhanallah, bukan saja tiub dimulut sudah tiada lagi, tong gas oksigen dan wayar yg berselirat juga sudah tidak kelihatan! Bilik tersebut secara tiba2 saya rasakan amat luas! Melihatkan wajah ceria sahabat suami yg memandang saya sambil duduk di katil beliau, saya rasa cukup gembira dan bersyukur. Sungguh, saya tidak menyangka perubahan yg sangat positif ini berlaku di depan mata saya. Dengar kata yang tiub dimulut sudah dicabut pun saya dah rasa happy, bila tengok sendiri perkembangan terkini beliau, bertambah rasa gembira di hati ini.
Saya yakin, RDT Session yang saya lakukan ini telah berjaya melengkapi ubat dan rawatan yang Doktor berikan selama ini. Saya masih ingat, Nurse cucuk lengan sahabat kami dan bila saya tanya apa tujuannya, beliau kata ia untuk melancarkan peredaran darah. Terus saya berdoa, semoga ubat tersebut menjalankan fungsinya dengan baik dan semoga minyak Cypress (salah satu minyak yg digunakan dalam Sessi RDT) juga menjalankan fungsinya dengan baik untuk Blood Circulation. Alhamdulillah, ia sememangnya membantu dan saling melengkapi kerana sahabat kami nampaknya beransur pulih
.
Ada dua sebab kenapa saya yakin yg RDT ini sememangnya berkesan dan menjadi pelengkap kepada perubatan moden dalam membantu sahabat kami bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga mental dan emosi?
Pertama: Sahabat kami mengakuinya sendiri. Beliau beritahu saya sebentar tadi bahawa beliau merasakan yang dadanya semakin ringan dan lapang, mudah untuk beliau bernafas sejak saya buatkan RDT dan ia semakin baik sehingga beliau lagi tidak bergantung pada mesin oksigen dan ia akhirnya ditanggalkan hari ini (2 Oktober 2017). Saya yakin RDT berjaya menyingkirkan banyak bakteria dan virus yang ada dalam paru2 beliau dan Applied Vitaflex yang saya buat untuk Lung beliau menggunakan Eucalyptus Radiata dan Eucalytpus Globulus berjaya memberikan kelegaan di dada dan kombinasi keduanya meyebabkan sahabat kami lebih kuat untuk bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Alhamdulilah. Semuanya dengan izin Allah SWT juga .
Sahabat kami ini masih tidak boleh bersuara dengan kuat akibat suntikan jarum di leher beliau sebelum ini, maka kami berkomunikasi menggunakan kertas dan pen, dan ada ketikanya beliau bercakap secara berbisik dengan saya. Saya harap esok atau lusa beliau boleh kembali bersuara seperti biasa. Amin.
Kedua: Saya melawat sahabat suami hampir setiap hari sejak mula beliau dimasukkan ke Hospital. Saya sempat menjenguk bilik hadapan dan bilik sebelah sahabat kami ini ketika menunggu waktu Nurse membersihkan sahabat kami ini. Saya melihat keluarga mereka melawat, keluar dan masuk ke bilik, dan sentiasa ada di samping pesakit menunggu dengan penuh harapan agar pesakit sembuh dan kembali sihat. Terpancar kasih sayang dan keprihatinan mereka menjaga keluarga yang sakit. Dan, saya juga lihat, sehingga hari ini, ia masih individu yang sama, yang masih berada dalam kondisi dan keadaan yang sama seperti kali pertama saya melihat mereka.
Dan apabila melihat ke arah sahabat saya dan kemudian terpandang bilik hadapan, tiba-tiba saya rasa sebak dan insaf. Kerana saya tahu, apa yang Doktor dan Nurse lakukan buat semua pesakit yang ada dalam jagaan mereka semuanya sama. Semuanya diberi ubat mengikut penyakit masing2. Ya, penyakit antara kita mungkin berbeza, ada banyak faktor lain menyebabkan seseorang itu cepat pulih atau tidak, dan salah satu faktornya adalah apa yang kita boleh lakukan sebagai orang yg terdekat dengan pesakit. Kita boleh duduk disamping pesakit yg terbaring lesu sambil main hp, kita juga boleh baca doa atau kitab mengikut agama masing2 sambil mendoakan pesakit, kita boleh tidur sambil tengok2 pesakit , kita boleh berborak2 dengan pesakit walaupun mereka tidak boleh membalasnya atau kita juga boleh bantu pesakit dengan sedikit ilmu yang kita ada. Dan saya bersyukur kerana saya dapat memanfaatkan ilmu yg saya pelajari ini untuk meredakan kesakitan yang sahabat saya alami ini.
Dan apabila saya melihat sendiri keajaiban tumbuhan ciptaan Allah SWT ini, saya rasa seolah2 mahu pergi ke setiap bilik dan minta mereka buat RDT dan AV untuk ahli keluarga masing2! How I wish they can use the modality to help someone they love while taking care of them in the ward. Tidaklah pula saya pergi ke bilik tersebut untuk terangkan tentang kebaikan RDT, saya tidak mahu disalah anggap kerana saya tahu, dunia naturapathy dan alopathy sememangnya berbeza. Bukan mudah meyakinkan orang tentang khasiat tumbuh2an herba ciptaan Ilahi ini. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja yang tahu kehebatan tumbuhan2 ini dan percaya akan kuasa dan keistimewaannya.
Saya gembira apabila sahabat kami ini sudah mahu makan dan siap mintak Nasi Pakapau di area UIA PJ lagi. Suami saya terus belikan kerana tahu sahabat ini sudah berhari2 tidak dapat makan. Perut beliau yang sebelum ini sangat keras sudah lembut dan kerana beliau sudah boleh duduk, dapatlah saya buat AV Technique selepas habis RDT dilakukan. Saya buat AV to clear the colon di 3 point tubuh beliau, AV di Lung, AV di jantung (memandangkan Doktor kata yg jantung beliau sedikit bengkak akibat stress sebelum ini) dan AV for the head & brain. Saya titikkan 5 titik Stress Away EO di kepala beliau dan buat AV di kepala. Wahhh..suka betul beliau. Nampak sungguh yang beliau ceria selepas itu. Hehehe.. mau tidak? 5 titik terus Mak bagi Stress Away okay! Saya rasa sungguh tidak berbaloi jantung beliau jadi bengkak akibat stress melampau. We have an oil for that, let the Oil do the work okay ..🙂
Insya Allah, kami akan datang lagi untuk buat RDT sehinggalah sahabat ini dapat keluar Hospital dan RDT dapat disambung secara lengkap @ full RDT. Tadi saya dengar bunyi kahak yg begitu banyak masa sahabat kami ini batuk. Geram btol saya. Dorado Azul dan Myrhh pula tiada dalam bag saya tadi, Insya Allah esok saya nak bagi DA dengan Madu dan minta beliau makan. Kasi lega batuk berkahak tu.
Saya mohon doa sahabat2 FB agar Allah SWT berikan kesembuhan segera buat beliau dan dapatlah keluar dari Hospital dalam waktu terdekat. Amin. Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya, Insya Allah.
Untuk siapa yang masih belum jelas tentang teknik2 AV atau RDT yang saya ceritakan di atas, ia adalah modality yang saya belajar di CARE Course, iaitu Kursus yang ada di Young Living Essential Oils. Jika anda belum menjadi ahli YL, saya syorkan anda jadi ahli untuk pelajari teknik ini dan mulakan dengan keluarga terdekat anda. Modality ini bukan hanya untuk orang yang sakit, ia juga sangat bagus diamalkan untuk orang yg sihat juga. Dan percayalah, kita bukannya sihat sangat pun..🙂 Kita hanya “belum sakit”…
Klik link di bawah untuk menyertai keahlian Young Living & dapatkan produk YL secara PERCUMA! 👇🏻
Perlukan konsultasi sebelum menjadi ahli? Klik link di bawah & let’s have a chat! 😊
#Oilylicious
#younglivingessentialoils
#yleo
#joinus